Special Service mempunyai 2 unit iaitu :
1.
POPD ( Pusat Operasi Pemasangan Data - Datacommunication ) dan
2.
Fiber Optik.
Untuk memberi khidmat yang lebih berkesan kepada pelanggan, Special Services di bahagikan
mengikut zone( Daerah ) iaitu:

 

JENIS PERKHIDMATAN

A. POPD ( Datakom )

Pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikkan :

Data Analog ( DA ) Digitaline I ( DQ )
Digitaline II ( DG ) Maypac
Telex ( MA ) Telegraf ( TG )
2 Mb/s - HDSL MLCN Node
TmNet ( 1st level maintenance ) ISDN
Telekom Network ( CASS,SISKIS,SISWANG,TEGAS )

B. FIBER OPTIK

Fiber Optik Di Johor Utara

Fiber optik adalah suatu kaedah untuk memberi perkhimatan yang lebih baik kepada pelanggan. Dengan mengunakan fiber optik kualiti suara lebih baik dan tiada lagi gangguan bunyi, berbanding jika mengunakan kabel tembaga yang hanya dapat memberi kualiti suara yang baik dalam jarak lingkungan 5km ( gauge kabel 0.5mm). Rangkaian yang mengunakan fiber optik ( single mode ) sebagai pengantara dapat memberi perkhidmatan telefon kepada pelangggan yang berada dalam lingkungan 20km dari ibusawat. Terdapat 2 peralatan iaitu satu di ibusawat dan satu lagi di remote. Dimana peralatan di ibusawat adalah berfungsi untuk menukarkan tone(analog) kepada gelombang cahaya supaya dapat melalui fiber optik, dan peralatan di remote sebagai penukar gelombang cahaya dari fiber optik kepada tone(analog) sebelum sampai kepada pelanggan. Bekalan kuasa elektrik dari TNB diperlukan untuk kedua-dua peralatan tersebut.

Terdapat 4 jenis peralatan fiber optik di Johor Utara iaitu : 1. Marconi 2. Ericsson 3. Fujitsu 4. NEC

Tanggungjawap unit Fiber optik adalah menyelenggara rangkaian kabel optik dan perkakasannya.

Masaalah perkhidmatan fiber ( FITL)
Bekalan kuasa elektrik adalah diperlukan oleh peralatan Fiber Optik diremote dan ibusawat. Di ibusawat bekalan kuasa di ambil terus daripada rectifier , jika berlaku terputus bekalan elektrik, bateri di ibusawat akan mengambil alih sebelum genset di hidupkan.Sebaliknya peralatan di remote, bekalan kuasa diambil terus daripada sumber TNB dan jika berlaku terputus bekalan elektrik TNB, bateri akan mengambil alih sepenuhnya. Bateri yang dibekalkan hanya dapat menampung untuk selama 2~4 jam( bergantung kepada jumlah pelanggan). Jika bekalan kuasa TNB terputus melebihi daripada masa yang dapat di tampung oleh bateri, maka keseluruhan kawasan yang berkaitan akan terputus hubungan telefon.

Cadangan : supaya punca utama bekalan elektrik diambil dari tenaga solar untuk kawasan yang kerap mengalami ganguan TNB dan kawasan yang mengalami low voltage. Bekalan kuasa TNB sebagai backup,disamping bateri yang sediada.

Dalam keadaan sekarang, jika bekalan kuasa TNB terputus apa kami buat?
Unit ini akan mempastikan bahawa bekalan kuasa tidak terputus melebihi 2 jam. TNB tempatan kami hubungi untuk mengetahui status pembaikan bekalan kuasa. Maasalahnya unit kami tidak tahu apabila ada terputus bekalan kuasa untuk kawasan tersebut. Jika peralatan yang digunakan adalah produk marconi alarm akan berfungsi tetapi tidak kepada produk yang lain. Alarm dari produk Marconi juga adalah alarm common.

Jadi alarm khusus bekalan kuasa terputus adalah diperlukan.Unit ini telah mengkaji maasalah tersebut dan berjaya mendapat satu kaedah untuk mendapatkan alarm bekalan elektrik terputus. Alarm ini kami sambungkan terus keunit PKPT ( common alarm dari setiap ibusawat ). Alarm sebenar berada pada ibusawat berkenaan. Jika berlaku 'black-out', unit fiber akan terus menghubungi TNB untuk mengambil langkah pembaikan segera. Jika kerosakan TNB mengambil masa yang lama > 2 jam, genset akan digunakan sebagai backup.

 

[TOP]

[HOME]

[BATU PAHAT][KLUANG][MERSING][SEGAMAT][MUAR][PENGURUS]
[
SPECIAL SERVICES][ACC/CICC][CUSTOMER SERVICES][NETWORK OPERATIONS]